Tip Kurus dengan Cepat dan Sihat

 


Sebenarnya tiada istilah kurus dengan cepat diikuti dengan sihat. Kerana setiap diet memerlukan pengorbanan. Jika kita ingin sihat makanya kita terpaksa lambat dalam proses menurunkan berat badan. Jika ingin cepat, makanya terpaksa diet dengan cara tidak sihat.

Pilihan di tangan anda. Anda yang memilih untuk sihat mahupun cepat. Kerana selalunya diet cepat kurus tidak akan kekal lama kerana kita akan terasa burn out di akhir proses menurunkan berat badan kerana tidak boleh menyentuh makanan itu dan ini.

Okay disini kami kongsikan beberapa tip untuk turunkan berat badan secara sihat dan cepat (mengikut pilihan anda)

Dalam apa pun diet yang korang amalkan pastikan 5 tips ini diguna pakai.

1. Perbanyakkan minum air kosong


Kerana punca setiap penyakit adalah datang dari kekurangan air dalam badan. Setiap 25kg dari badan kita memerlukan 1liter air. Jika berat anda 70kg, maka air yang diperlukan adalah 3 liter air sehari.

2. Jangan skip SARAPAN


Mungkin kita semua pernah mendengar pepatah Inggeris seperti :

“Sarapan seperti raja, makan tengahari seperti putera raja, makan malam seperti orang biasa.”

Apakah kaitannya? Kajian dijalankan ke atas 50,660 orang sepanjang tujuh tahun. Orang yang ambil sarapan besar dan banyak lebih kurus.




Di dalam proses diet secara sihat, anda diharamkan ponteng daripada mengambil sarapan. Ini kerana apabila anda skip waktu makan kadar gula dalam darah akan meningkat.

Ini akan menyebabkan insulin spike! Korang akan rasa lapar yang amat sangat kemudiannya akan menyebabkan korang ambil makanan secara berlebihan semasa waktu makan seterusnya.

3. Kurangkan pengambilan gula


Jika ingin kekal muda dan turunkan berat badan tanpa sedar, anda haruslah kurangkan gula di dalam permakanan anda ataupun puasa gula terus kerana gula merupakan punca utama segala penyakit dan penuaan. Biarlah manis itu hanya pada kamu🤭🤭



WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).

Fakta Menarik!!!!
- Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
- Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

(Korang boleh buat bacaan lanjut mengenai gula disini)

4. Perbanyakkan pengambilan sayur, buah-buahan dan makan berserat.

Sayur dan buah adalah komponen yang penting untuk diet

Kedua-dua makanan ini mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan badan. Malah, ia juga boleh melindungi anda daripada penyakit.

Ramai orang Malaysia tidak suka makan sayur ataupun buah-buahan. Oleh sebab itu, ramai yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan disebabkan cara pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Oleh itu, nak kurus wajib paksa diri ambil sayur atau buah buah. Jika tidak suka, anda boleh ambil supplement untuk kurus yang tinggi fibre.

5. Lakukan INTERMITTENT FASTING


Jika anda susah ingin kawal apa yang dimakan, anda boleh cuba untuk kawal waktu anda makan. Semakin anda kurangkan waktu makan, semakin cepat anda akan  kurus. Kerana INTERMITTENT FASTING (IF)  dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat dengan berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan.




Tetapi diet ini mempunyai pro dan consnya. Korang boleh baca sini untuk mengetahui lebih lanjut.

5 tip kurus dengan cepat ini bukan sekadar untuk menurunkan berat badan. Ia juga untuk kekal sihat dan menurunkan risiko penyakit kronik. 

Kepada anda yang sedang berjuang untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, jangan cepat mengalah dan kuat semangat ya! Teruskan usaha anda, pasti akan mendapat hasil.

Apa yang paling penting adalah, kena disiplin dan konsisten amalkan kesemua tips kurus ini.


#NextLevelBlogging


#Blogmegashaklee


#ShakleeThrive2023


#ShakleeTriumph2023

Comments

Popular Posts