Wajib Baca!! Keburukan INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu.

Intermittent Fasting memang dapat membantu menurunkan berat badan tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.


Haa dengar tajuk pun mesti terkejut kan. Yela ramai artis dan influencer promote IF ni. Apatah lagi shaklee, siap buat set IF lagi. Tapi tak ada sorang pun yang bagitahu kita ada keburukan IF ni. 


Sebelum kita teruskan tentang keburukan IF ni meh kita sharing serba sedikit tentang INTERMITTENT FASTING.


INTERMITTENT FASTING 

Juga dikenali sebagai diet IF dan mula mendapat perhatian di Malaysia kebelakangan ini. IF bukan lah sejenis diet yang memfokuskan tentang apa yang perlu dimakan tetapi lebih memfokuskan kepada waktu bila sesuai untuk dimakan.


Dalam tempoh 24 jam, anda haruslah mengatur jadual 24 jam anda sama ada waktu berpuasa atau pun waktu makan seperti jadual dibawah :


  • ‌Puasa 15 jam, makan 9 jam
  • ‌Puasa 20 jam, makan 4 jam
  • ‌Puasa 23 jam, makan 1 jam


Waktu yang terbaik untuk melakukan IF adalah dengan memanjangkan waktu berpuasa dan menyingkatkan tempoh waktu makan. Waktu berpuasa yang panjang membolehkan lemak dibakar dengan lebih cepat dan efektif.


Antara pantang larang IF adalah dilarang mengambil sebarang kalori sepanjang waktu berpuasa. Tetapi anda dibenarkan untuk mengambil air kosong dan minuman rendah kalori. Selain itu,  dilarang melangkau waktu sarapan. Ini antara punca kegemukan. Dan yang terakhir sekali adalah menahan lapar sehingga waktu malam.


Okay sekarang kita kembali kepada topik utama iaitu :


KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU


1- Kekurangan Garam Mineral dan Nutrisi


Kalau tak jaga pemakanan dan nutrisi sepanjang melakukan Intermittent Fasting badan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kekurangan Garam Mineral.

Kekurangan garam mineral boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius termasuklah Hypothermia, kejang otot, tekanan darah rendah, masalah pencernaan dan masalah kesihatan mental.


Alternatif untuk yang nak elakkan masalah kekurangan garam minral dan nutrisi, korang boleh tambahkan Set Kurus Shaklee dalam diet harian. Ia lengkap dengan semua nutrisi untuk memenuhi segala lompong nutrisi yang kita kurang.


2. Memusnahkan Collagen dalam Badan.


Collagen sangat penting dalam badan dan jika ia berkurang, ia sangat berbahaya. Jika Intermittent Fasting memusnahkan collagen dalam badan perkara yang saya takut ialah pergerakan sendi kerana ia mempengaruhi kekurangan kalsium dan membawa kepada sakit belakang yang serius.


3. Menyekat Pembentukan Collagen


Jika tadi IF memusnahkan sekarang ia menyekat collagen. Wah!! kalau macam ni macam mana collagen yang musnah tu nak digantikan dengan yang baru. Jika collagen musnah dan disekat ini menyebabjan tubuh badan kita akan mengalami masalah kulit jeragat, kulit muka kusam, cepat nampak tua sebelum usia, kuku rapuh, rambut rosak/gugur, masalah kesihatan sendi dan banyak lagi.


So, sesuai tak untuk anda?

Ini bergantung. Perubahan diet memang mencabar dan tidak mudah TAPI dalam jangka masa berpanjangan, ia perlu menggembirakan DAN bantu anda kawal berat badan. Sama lah dengan diet IF.


Setiap diet, termasuk diet Intermittent Fasting, ada kisah kejayaan dan kegagalan. Ini bukan bermakna suatu diet bagus ataupun tidak. Ia soal PILIHAN dan KESESUAIAN. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ia tren social media. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ada kenalan berjaya dengan diet tersebut.


Nasihat saya.

Fahami lah asas penurunan berat badan. Fahami lah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau “gemuk air”. Fahami lah metabolisma badan dan cara untuk melindungi atau baikinya untuk elak rintangan insulin.


Selepas itu, kaji suatu diet dan hubung-kaitnya dengan pemahaman anda. Dari situ anda boleh menilai dan sesuaikan diet dengan keperluan diri-sendiri.


Selamat mencuba.


#NextLevelBlogging


#Blogmegashaklee


#ShakleeThrive2023


#ShakleeTriumph2023

Comments

Popular Posts